Wednesday, May 4, 2011

'Di Sebalik Kabus' Wanita Menangani Godaan

Aku amat kesal dan malu dgn diri sendiri kerana tidak menyedari kewujudan novel yg sangat bagus ini. Yalah,novel Khadijah Hashim yg lain telah aku baca dan aku memang minat juga dengan karyanya. Namun,entah bagaimana aku boleh terlepas pandang tentang novel cetakan tahun 1980(menurut naskhah yg aku baca) ini. Sekali lagi penulisnya telah membawa pembacanya ke dalam fikiran dan jiwa wanita yang penuh misteri. Aku tertarik dengan pemaparan watak dalam novel ini. Terdapat persoalan-persoalan wanita yang tersirat di sebalik setiap watak yang wujud. Apabila membacanya,aku tiba-tiba merasakan kewujudan wanita yang sebelum ini mungkin..hanya wujud seperti yang diketahui umum. Penulis berjaya menyelongkari lipatan-lipatan konflik yg dihadapi oleh wanita.

Starting novel ini memang cepat,ianya terus mengenalkan kita dgn masalah yg dihadapi Ainon seorang jururawat yang digoda oleh Johan,seorang lelaki yg telah beristeri. Pelbagai janji dan pujukan ditaburkan pada Ainon. Namun,Ainon enggan menerima huluran cinta daripada Johan kerana statusnya itu(suami org kot!). Ainon sebagai wanita dipaparkan mempunyai konflik antara emosi dgn rasional.Dia mempunyai ciri utama seorang jururawat;hati yg mudah bersimpati terhadap orang lain. Hal ini membuatkan Ainon sentiasa berlawan dgn emosinya drpd menerima Johan. Aku suka dgn tindakannya yg tak menurut perasaan apabila berlaku kasar terhadap Johan supaya Johan menjauhi dirinya. Tambah-tambah pula, bila Ramlah isteri Johan datang serang dan memaki hamun Ainon di hospital.

Dalam menepis pelbagai gangguan drpd Johan, dia sering dinasihati oleh Jamilah,rakan sekerjanya. Melalui watak Jamilah,kita dapat melihat satu 'wajah' wanita bebas yg wujud. Jamilah yg telah berkahwin masih membuat perhubungan dgn lelaki lain atas alasan sekadar berkawan. Ainon tidak menyenangi sikap rakannya. Namun, yg bagusnya Ainon ni, dia tak masuk campur hal orang lain. Keadaan kat rumah Ainon pula memaparkan dua lagi wanita yg berlainan. Zainab yg putus cinta sampai nk berhenti kerja dan balik kampung. Setelah Ainon memberi semangat padanya, dia membatalkan niatnya itu. Dia juga akhirnya mendekatkan diri dengan kumpulan dakwah dan mula bertudung (sebelum ini dia memang kaki parti di kelab malam). Rupanya, Ainon memang faham sangat dgn kekecewaan Zainab kerana dia sendiri pernah putus tunang apabila tunangnya berkahwin dgn perempuan lain.

Hayati pula merupakan teman serumah mereka yg sangat lincah. Padanya cinta tak wujud. Dia bebas berkawan dan keluar berparti dgn lelaki silih-berganti. Perubahan diri Zainab menimbulkan pelbagai usikan berbaur sindiran drpd Hayati. Hayati ni juga memang mulut tak makan saman dan tak peduli langsung dgn perasaan org atau pendapat org terhadap sikap dirinya. Dia sering menyindir dan mempersoalkan kedalaman pemahaman agama Zainab yg padanya masih cetek. Apa tidaknya, dia seorang pelajar sekolah agama dan memang menguasai agama dgn mendalam. Diskusi Hayati dan Zainab sering membawa kepada pertengkaran yg berakhir dgn rajukan Zainab(dia sangat sensitif, mudah terasa dgn kata-kata Hayati yg hanya mengusiknya saja). Ainon menjadi mangsa yg serba-salah apabila kedua rakannya ini bertengkar.

Serba salah Ainon makin bertambah apabila Azlan, bekas pesakit yg dirawatnya berminat nak mengambilnya sebagai isteri. Azlan ni agak terkenal nakalnya dgn perempuan tapi kesungguhannya terhadap Ainon memang dapat dikesan. Dia tak melayan Ainon macam perempuan-perempuan yg dibawanya ke kelab-kelab malam. Minatnya yg serius terhadap Ainon terserlah apabila dia sering mengambil tahu ke mana atau dgn siapa Ainon hendak berjumpa. Hal ini dilihat sebagai satu sikap cemburu buta pada Ainon. Namun, Ainon kagum dgn minat Azlan terhadap buku yg juga mengajar Ainon untuk membaca bagi menambah pengetahuan.

Ainon semakin keliru dengan perasaannya terhadap realiti dan kenangan. Dia sering berfikir dan membandingkan sikap lelaki-lelaki yg pernah muncul dalam hidupnya. Pada aku,cara ini memaparkan kebijaksanaan dan kestabilan Ainon sebagai seorang individu bukannya wanita. Melalui sikap ini, dia membandingkan tindakannya sama ada mengikut perasaan atau pertimbangan akal yg waras. Pertemuannya dgn Zainal bekas tunangannya membuatkan Ainon hendak pergi bekerja ke luar negara. Zainal memujuk Ainon mengahwininya sebagai isteri kedua. Ternyata Zainal telah diperangkap oleh isterinya sehingga ditangkap basah dan terpaksa berkahwin. Ainon telah sedaya-upaya melawan perasaanya yg masih cintakan Zainal kerana tidak mahu meruntuhkan kebahagiaan wanita lain. Dia telah menasihati Zainal supaya menerima hakikat dan ketentuan takdir yg mereka tidak ada jodoh.

Ainon nekad menolak juga cinta Azlan dan ingin ke luar negara untuk bekerja. Dia mendapat bantuan drpd seorang lelaki tua yg sering melawat dan membawa buah tangan kpd Ainon dan jururawat lain di hospital.Satu pengakhiran yg sangat sinikal apabila Uncle Wong yg dianggap org tua serta bapa oleh Ainon rupanya ingin mengambil Ainon sebagai isterinya! Ainon juga nyaris dicabul malah mungkin diperkosa oleh Uncle yg baik hati ni! Selepas berjaya pulang dr rumah Uncle Wong, Ainon segera menghubungi Azlan untuk bertemu dgn ibu Azlan(sebelum ini Ainon berdalih utk menerima ajakan Azlan menemui ibunya). Aku rasa, ini tanda Ainon telah mendapat pengajaran terhadap sikapnya sendiri yg terlalu berhati-hati dan memilih. Tak salahkan dia juga kerana dia telah dikecewakan lelaki. Ainon seperti biasa, masih berkonflik dgn emosi dan rasionalnya sewaktu menanti kedatangan Azlan. Aku memang kagum dgn watak-watak wanita yg wujud dalam realiti novel ini. Yalah, bukan semua wanita mudah digoda atau menjadi penggoda. Wanita juga bukan buta akal hingga menurut perasaan semata-mata. Aku tabik pada Penulisnya dgn watak-watak wanita yg sangat realistik!