Thursday, March 24, 2011

Cracker! The Best Dog in Vietnam : Imej Manusia..

Karya in hasil tulisan Cynthia Kadohata. Mengisahkan tentang seekor anjing yg hidup pada era Perang Vietnam. Ketika itu, Amerika sekali lg cuba menjadi 'world cop' utk mendamaikan dua saudara yg bertelagah. Menariknya, anjing ini asalnya dipelihara utk membuat persembahan tetapi setelah mengalami kecederaan(patah kaki) dia diberikan kepada Willie untuk dipelihara. Malang sekali, hubungan kasih sayang antara seorang kanak-kanak dengan anjing ini putus di tengah jalan. Keadaan ekonomi yg terjejas akibat penglibatan Amerika dgn Perang Vietnam menyebabkan keluarga Willie yg dulunya kaya terpaksa berpindah ke kawasan pangsa murah. Mereka tidak dibenarkan memiliki binatang peliharaan. Desakan Tuan Rumah menyebabkan Willie terpaksa merelakan Cracker diserahkan kepada kerajaan Amerika untuk dijadikan anjing 'yg berbakti kpd negara'.

Bermulalah,kisah hidup Cracker yang amat membingungkannya. Naluri survival semulajadi Cracker telah muncul menghadapi situasi yg merbahaya. Jika sebelum ini, Cracker dimanjakan dan dibelai dgn penuh kasih sayang, dalam tentera Cracker belajar utk menjadi seekor anjing pengesan yg terbaik. Cracker telah dipasangkan dgn seorang pemuda mentah,Rick Hanski. Rick merupakan anak pengusaha kedai hardware yg telah digilap utk mewarisi perniagaan keluarganya. Setelah melalui perbalahan yg panjang, dia dapat memasuki tentera. Dalam latihan, dia tidak digemari pelatih kerana mempunyai sifat 'fair'. Dia tidak dapat menghadapi sikap pelatih yg padanya membuli rekrut. Padanya, setiap individu wajib dilayan sama rata. Hal ini dicatatkan dlm rekod menjadikan tidak ada unit yg ingin mengambilnya.Kariernya berakhir di unit anjing sahaja.

Penulis telah meletakkan seekor anjing sebagai simbolikal kepada imej manusia itu sendiri. Bagaimana manusia sebelum peperangan mempunyai kehidupan yg penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Namun, kerana sikap penting diri dan ego pemimpin manusia rakyatlah yg menjadi mangsa. Peperangan menjadikan manusia yg terlibat sebagai tentera berubah kepada binatang tanpa belas kasihan. Mereka berjuang utk kepentingan negara. Malang sekali apabila negara itu dipimpin oleh manusia yg tidak bertanggungjawab. Hubungan Cracker dan Rick lebih kepada sahabat sehidup semati daripada 'tuan dan hamba'. Rick yg berjaya pulang semula dr Vietnam telah berusaha sedaya-upaya utk membebaskan sahabatnya Cracker (anjing yg ke Vietnam mengikut polisi tdk boleh kembali kerana dianggap sekadar 'alat peperangan' yg akn dilupuskan sahaja). Rick dan Cracker adalah perkakas kerajaan yg tidak mempunyai nilai. Peperangan telah menghilangkan nilai hidup mereka sebagai manusia. Betapa kejamnya peperangan!

Sikap Cracker dan Rick yg suka melanggar polisi kerja mereka menjadi punca mereka terselamat. Dalam kekecohan perang, mereka telah membentuk hubungan yg kuat di antara satu sama lain. Saling lindung-melindungi dan mempercayai antara satu sama lain. Hubungan yg bukan sekadar 'kerja' ini melanggar polisi kerajaan. Anjing dan pengiringnya harus berhubung secara disiplin berdasarkan kerja-kerja mengesan sahaja. Namun bagi Rick, Cracker adalah makhluk di muka bumi ini yg mempunyai perasaan dan harga diri. Oleh itu, dia juga perlu dilayan sebagai makhluk hidup yg mempunyai jiwa. Manakala Cracker pula tidak menganggap Rick sebagai tuannya tetapi 'rakan' yg memerlukan kecekapannya utk memelihara nyawa mereka berdua.

Novel ini memberikan dua sudut pandangan pertama iaitu Cracker dan Rick. Hal ini membuatkan pembaca dapat menyelami mental dan emosi watak dalam setiap situasi. Bohonglah kalau dikatakan novel ini tidak menyentuh perasaan! Sangat menyentuh perasaan kerana nilai kemanusiaan dibangkitkan secara natural melalui kedua watak ini tanpa dipaksa-paksa. Kekuatan gaya penulisan Cynthia adalah ketelusannya. Sama macam novelnya yg lain 'Kira-Kira' dan 'Weedflower'. Nasib Cracker memang satu sindiran kepada kewujudan manusia. Dia anjing, melalui Perang Vietnam..dilatih dgn kekerasan..dilempar ke bumi asing(Vietnam) utk berjuang...hidup dan matinya tidak penting pun kepada negara..ya..inilah nasib pejuang Amerika..mereka sekedar anjing di mata pemimpin....

Monday, March 21, 2011

Beastly: Lelaki adalah superior!!!

Filem ini ceritanya sweetlah untuk tontonan merelakskan emosi (khususnya wanita!). Seorang lelaki bongkak yg kebetulannya kaya lagi kacak disumpah menjadi buruk. Bagi merungkaikan sumpahan ini, dia mesti dicintai oleh seorang wanita. Makanya,'I Love you' akn memulihkan kekacakan, populariti dan perhatian seluruh masyarakat (yg digambarkan obses pd kesempurnaan,material dan glamour). Heroinnya, sebelum ini ada menyimpan perasaan pada hero tetapi menyedari kedudukannya (dia miskin,anak penagih dadah dan ke sekolah private elit  dgn bantuan biasiswa) hanya memuja hero dari jauh. Anehnya, heroin ini mengetahui 'dalaman' hero (yg tak dipaparkan di awal filem sewaktu dia masih kacak!) sebagai mempunyai kebaikan yg tak pernah ditunjukkan. Entah bagaimana, heroin mempunyai 'sixth sense' terhadap watak hero yg jengkel dan bongkak.

Secara keseluruhan, wanita digambarkan emosional, hidup bersandarkan impian, tak mempunyai kekuatan dalam mempertahankan hak,naif dan sangat pemaaf. Walau bagaimanapun, kegigihan heroin ini bekerja untuk mengumpul wang ke Mexico boleh dikatakan sebagai satu percubaan utk berdikari dan boleh dibanggakan. Tapi, masih memperlihatkan wanita sebagai makhluk yg suka bejalan-jalan atau berfoya-foya dengan alasan menenangkan fikiran. Apabila dia menurut perintah Ayahnya utk tinggal dengan hero(sedangkan dia enggan) menggambarkan kelemahan wanita yg masih terkongkong dgn ikatan tradisional terhadap keluarga (juga kuasa seorang bapa,sistem patriarki). Watak wanita orang gaji pula kelihatan lebih menonjol kerana dia meninggalkan negara (persekitaran dia dibesarkan) dan anaknya (kebebasan seorang ibu dan isteri, daripada kongkongan institusi kekeluargaan) untuk mencari rezeki (wanita sebagai 'bread winner' setara dgn lelaki). Hal ini memecahkan monopoli lelaki terhadap ekonomi dan kuasa dlm sistem kekeluargaan. Kecekalan seorang wanita, amat besar melalui watak orang gaji asing ini. Dia juga bertindak sebagaio penasihat kepada hero dalam menangani masalah kehidupan (menunjukkan kematangan wanita dalam realiti kehidupan!).

 Sebaliknya, heroin bersikap emosional yg membawa kepada impian wanita tulen (jelas melalui minatnya terhadap lelaki yg kacak dan menjengkelkan ini). Wanita suka berangan-angan dan menyimpan harapan terhadap lelaki yg kacak,kaya dan sempurna. Betapa naifnya wanita di tengah-tengah masyarakat moden ini! Wanita masih menjadi sandaran kepada lelaki (hero memerlukan cinta heroin utk melepaskan diri drpd sumpahan!). Manakala wanita harus memaafkan lelaki. Hal ini memberi erti bahawa lelaki makhluk yg berkuasa, tidak mengapa jika mereka membuat kesalahan dan wanita harus tunduk pada fitrah ini dgn memaafkan dan menerima mereka seadanya(sedangkan hero ini mengharap wanita sebagai mesti,harus,wajib sempurna utk bergandingan dgnnya!). Akhir filem ini, heroin menerima hero bagai 'bulan jatuh ke riba' kerana lelaki yg diminatinya selama ini dgn 'si hodoh berhati mulia' adalah jejaka yg sama. Tiada sebarang bantahan terhadap 'tuahnya' seorang gadis miskin, cantik dan bijak(kononnya bijak!) mendapat jejaka impian! Wanita memang sukakan akhiran yg bahagia..pastinya dgn cara mudah dalam Beastly ini!