Monday, March 21, 2011

Beastly: Lelaki adalah superior!!!

Filem ini ceritanya sweetlah untuk tontonan merelakskan emosi (khususnya wanita!). Seorang lelaki bongkak yg kebetulannya kaya lagi kacak disumpah menjadi buruk. Bagi merungkaikan sumpahan ini, dia mesti dicintai oleh seorang wanita. Makanya,'I Love you' akn memulihkan kekacakan, populariti dan perhatian seluruh masyarakat (yg digambarkan obses pd kesempurnaan,material dan glamour). Heroinnya, sebelum ini ada menyimpan perasaan pada hero tetapi menyedari kedudukannya (dia miskin,anak penagih dadah dan ke sekolah private elit  dgn bantuan biasiswa) hanya memuja hero dari jauh. Anehnya, heroin ini mengetahui 'dalaman' hero (yg tak dipaparkan di awal filem sewaktu dia masih kacak!) sebagai mempunyai kebaikan yg tak pernah ditunjukkan. Entah bagaimana, heroin mempunyai 'sixth sense' terhadap watak hero yg jengkel dan bongkak.

Secara keseluruhan, wanita digambarkan emosional, hidup bersandarkan impian, tak mempunyai kekuatan dalam mempertahankan hak,naif dan sangat pemaaf. Walau bagaimanapun, kegigihan heroin ini bekerja untuk mengumpul wang ke Mexico boleh dikatakan sebagai satu percubaan utk berdikari dan boleh dibanggakan. Tapi, masih memperlihatkan wanita sebagai makhluk yg suka bejalan-jalan atau berfoya-foya dengan alasan menenangkan fikiran. Apabila dia menurut perintah Ayahnya utk tinggal dengan hero(sedangkan dia enggan) menggambarkan kelemahan wanita yg masih terkongkong dgn ikatan tradisional terhadap keluarga (juga kuasa seorang bapa,sistem patriarki). Watak wanita orang gaji pula kelihatan lebih menonjol kerana dia meninggalkan negara (persekitaran dia dibesarkan) dan anaknya (kebebasan seorang ibu dan isteri, daripada kongkongan institusi kekeluargaan) untuk mencari rezeki (wanita sebagai 'bread winner' setara dgn lelaki). Hal ini memecahkan monopoli lelaki terhadap ekonomi dan kuasa dlm sistem kekeluargaan. Kecekalan seorang wanita, amat besar melalui watak orang gaji asing ini. Dia juga bertindak sebagaio penasihat kepada hero dalam menangani masalah kehidupan (menunjukkan kematangan wanita dalam realiti kehidupan!).

 Sebaliknya, heroin bersikap emosional yg membawa kepada impian wanita tulen (jelas melalui minatnya terhadap lelaki yg kacak dan menjengkelkan ini). Wanita suka berangan-angan dan menyimpan harapan terhadap lelaki yg kacak,kaya dan sempurna. Betapa naifnya wanita di tengah-tengah masyarakat moden ini! Wanita masih menjadi sandaran kepada lelaki (hero memerlukan cinta heroin utk melepaskan diri drpd sumpahan!). Manakala wanita harus memaafkan lelaki. Hal ini memberi erti bahawa lelaki makhluk yg berkuasa, tidak mengapa jika mereka membuat kesalahan dan wanita harus tunduk pada fitrah ini dgn memaafkan dan menerima mereka seadanya(sedangkan hero ini mengharap wanita sebagai mesti,harus,wajib sempurna utk bergandingan dgnnya!). Akhir filem ini, heroin menerima hero bagai 'bulan jatuh ke riba' kerana lelaki yg diminatinya selama ini dgn 'si hodoh berhati mulia' adalah jejaka yg sama. Tiada sebarang bantahan terhadap 'tuahnya' seorang gadis miskin, cantik dan bijak(kononnya bijak!) mendapat jejaka impian! Wanita memang sukakan akhiran yg bahagia..pastinya dgn cara mudah dalam Beastly ini!

1 comment: