Aku memang tak sangka adik aku
boleh membeli dan membaca buku ini. Sememangnya, minat dalam sejarah adalah
‘virus’ dalam keluarga kami. Bermula daripada Abah hingga ke Abang dan
adik-beradik lain, kami memang obsess gila dengan sejarah. Melihatkan tajuknya
saja cukup untuk membuatkan aku tertarik. Siapa tak mempunyai rasa ingin tahu
terhadap satu tanda kiamat ini? Sekarang
aku lihat di kedai-kedai buku, karya-karya seperti ini mula membanjiri pasaran
tempatan. Karya yang berkisar
tentang keislaman memang mudah terjual dengan larisnya.
Yakjuj dan Makjuj dirungkaikan menggunakan analisis eksplorasi
sinkronik-diakronik. Ianya digunakan untuk mengkaji garis keturunan Yakjuj dan
Makjuj dalam inskripsi kuno Yahudi, Taurat, Bible dan Al-Quran. Mengikut
kajian, Yakjuj dan Makjuj adalah gerombolan tentera kejam dari balik gunung.
Sebelum ini berdasarkan direct knowledge daripada buku-buku agama tentang
tanda-tanda kiamat, aku memang anggap Yakjuj dan Makjuj adalah serangga yang
akan keluar dari balik tembok. Rupanya, salah anggapan aku itu.
Banyak pengetahuan yang aku dapat daripada buku ini. Penulis mampu
memberikan timeline dan fakta sejarah tentang kemunculan nabi daripada kaum
Bani Israel yang diceritakan dalam Al-Quran. Penulis juga memberikan kenyataan
yang jelas berserta dengan bukti arkeologi tentang asal usul keturunan Yakjuj
dan Makjuj, lokasi penempatan, ciri-ciri peradaban mereka dan sebagainya.
Barulah aku sedar bahawa bangsa German, Aryan, Huns,Turk,Barbar,Mongol,
Scythia,Saxon dan beberapa lagi bangsa gunung yang kejam adalah Yakjuj dan
Makjuj. Mereka inilah bangsa yang dinasabkan sebagai Yakjuj dan Makjuj dalam
wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Nabi Ezekiel,kitab Taurat, Nabi Ezra, Nabi
Yunus dan nabi-nabi yang diutuskan. Nabi-nabi ini diwahyukan untuk memberi
peringatan kepada kaum Bani Israel agar bertaubat dan berhati-hati dengan serangan
bangsa kejam yang memusnahkan segala-gala yang dilalui mereka.
Penulis turut memberi penjelasan tentang kesahihan wujudnya Iskandar
Zulkarnain dari Macedonia yang menutup laluan Yakjuj dan Makjuj. Isu plagiat
tentang kewujudan Zulkarnaian dan pelbagai kecaman serta tipu-muslihat Yahudi
yang dilemparkan kepada Islam dan kitab Al-Quran berkaitan Yakjuj Makjuj
dijelaskan dengan bukti-bukti sejarah. Lokasi laluan Yakjuj dan Makjuj terletak di antara Laut Kaspia dan
Pergunungan Kaukasus. Bukti-bukti sejarah menerangkan kemusnahan peradaban di
China,Timur Tengah dan Asia Minor berpunca daripada serangan Yakjuj dan Makjuj
yang digelar dengan pelbagai nama mengikut zaman.
Terma-terma Scythia,
Barbar,Tartar,Turk,Saxon yang digunakan kepada Yakjuj dan Makjuj diterjemahkan
dalam pelbagai bahasa yang ternyata mewakili kekejaman dan kemusnahan yang
dilakukan mereka terhadap bangsa lain. Pendek kata, karya ini adalah satu fakta sejarah yang amat mengujakan. Aku
merasa celik dengan penjelasan Muhammad Alexander@Wisnu Sasongko berkaitan
peringatan tentang kemusnahan yang dibawa Yakjuj Makjuj sebagai tanda kiamat.
Penulis juga membuktikan bahawa Yakjuj Makjuj adalah antara pecahan 10 suku
Bani Israel yang hilang daripada sejarah. Ternyata Herodotus ilmuan Yunani banyak
menyumbang dalam menjelaskan asal keturunan dan kewujudan bangsa Yakjuj Makjuj
ini. Akhirnya, aku tahu juga rahsia peradaban yang musnah di sekitar Timur
Tengah, Mesir, Asia Minor dan China adalah sumbangan Yakjuj dan Makjuj.
kat msna nak dapat buku ni?
ReplyDeleteBuku ni ada jual kt popular@mph.dah ada keluaran baru dgn cover baru.keluaran baru tu lg lengkap dgn pnambahan2 maklumat brkaitan yg lebih detail tajuknya ' Yakjuj dan Makjuj 5 Gelombang Pembawa Bencana oleh penulis yg sama.
ReplyDelete